Tuesday, January 1, 2008

Objektif Gerakan

Ikatan Ilmuwan Muda atau singkatannya ILMUWAN KUIS merupakan sebuah badan yang di kendalikan oleh gabungan pelajar di KUIS daripada pelbagai bidang pengajian bagi sama-sama berganding bahu untuk menjadi pembimbing rakan sebaya dalam masa yang sama membawa pendekatan yang pelbagai dalam menyebarkan dakwah, antara lain objektif kami ialah :-

1. Menjadi satu badan pelajar untuk berkembang dan berjuang ke arah merealisasikan idealisme Islam yang syumul (komprehensif) selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah.

2. Mengeratkan dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar di kampus.

3. Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan serta tuntutan pelajar-pelajar Islam kepada pihak yang berkaitan dengan masalah pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain.

4. Mengadakan kemudahan kepada para pelajar tanpa mengira perbezaan agama, ekonomi, kaum, pergaulan hidup atau bahasa.

5. Mewakili pelajar-pelajar Islam semasa di dalam dan luar negara, merapatkan ukhuwwah Islamiah serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang sama dasarnya.