Sunday, March 22, 2009

PELANCARAN MINI SAMBUTAN 50 TAHUN PKPIM

Pada 8 Mac yang lalu, sdr Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli telah merasmikan Pelancaran Mini Sambutan 50 tahun PKPIM. Pelancaran ini bertujuan memugar semangat dan sikap di kalangan ahli PKPIM supaya bersedia dengan sambutan Jubli Emas PKPIM pada 2011 nanti. Kendatipun masih jauh tarikh 2011, semangat dan moral ahli PKPIM harus dibangkitkan supaya menjejak 2011, PKPIM sudah bersedia dengan sambutan tersebut.

Sdr Presiden dalam ucapannya mengungkap perngorbanan dan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh generasi lima dekad yang lalu. Sebagai sebuah organisasi pelajar Islam, usia jubli emas merupakan satu pengiktirafan besar yang harus dihargai. PKPIM harus menumpukan kepada pengkaderan ahli secara agresif di kalangan generasi muda. PKPIM juga harus menonjol dari segi idealisme generasi muda, yang kekal non- partisan dan terus berjuang mengangkat martabat generasi muda. Apatah lagi dalam konteks perjuangan bangsa dan agama, PKPIM semestinya berada di saf hadapan.

Beliau juga membuka pertandingan mencipta logo dan tema yang bakal digunakan dalam Sambutan 50 Tahun PKPIM kelak. Dijangkakan pertandingan ini berakhir pada hujung Julai 2009.

Pelancaran Mini ini diadakan sempena Kursus Latihan Praktikal Dakwah di Masjid KLCC.