Friday, July 24, 2009

Spot Check Laptop : Minta Pelajar Siswi Berwaspada

Beberapa malam sebelum ini,berlaku kecoh diasrama perempuan didakwa berlaku kes kecurian komputer riba milik penghuni asrama siswi.

Menurut maklumat daripada beberapa pelajar siswi di blok tersebut mendakwa beberapa orang yang tidak dikenali masuk bilik kebilik dengan berpakaian tudung labuh dan ada juga yang berpurdah dan memaklumkan mereka daripada Al-Azhar Members (ALAM) membuat pemeriksaan (Spot Check)dan merampas tudung-tudung tiga segi dan singkat serta merampas "laptop" yang yang mengadungi gambar artis atau lelaki.


Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar ISlam Malaysia (KUIS), cawangan KUIS percaya bahawa pihak yang membuat "spot check" itu bukan daripada pihak ALAM tetapi kemingkinan ia adalah pelajar lain atau orang luar kerana ada yang mendakwa mereka dipukau.

Pihak PKPIM KUIS yakin ALAM tidak terlibat dalam kes ini kerana menurut pihak mereka sendiri, trlibat dengan program dan mesyurat lain pada waktu tersebut.

Diharap tuduhan itu ditarik balik dan pihak kami menyeru kepada semua pelajar agar berhati-hati dalam menjaga hartabenda masing-masing serta jika berlaku apa-apa boleh terus berhubung dengan pihak pentadbiran atau persataun pelajar yang berkaitan dengan masalah plajar ini seperti MPM.

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Pengerusi
Ikatan Ilmuwan Muda, KUIS (ILMUWAN)