Sunday, November 8, 2009

Kenyataan Media : ILMUWAN tidak terlibat dengan GMS

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Salam Ukhuwwah kepada semua pengujung dan mahasiswa.

Baru-baru ini KUIS di gegarkan dengan peristiwa yang mencatat sejarah dalam perjalanan gerakan pelajar KUIS. Sekolompok pelajar yang diberi nama Gerakan Mahasiswa Sedar atau singkatannya (GMS) yang di asas kan bagi menuntut hak pelajar di KUIS seperti isu yuran.

Disini pihak ILMUWAN menegaskan pihak kami tidak terlibat dengan Demonstrasi yang diadakan dalam beberapa hari dengan mengambil kira fakta-fakta dan pendekatan setempat. Pihak kami bersama pimpinan persatuan di KUIS bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di atas faktor mereka masih lagi memperjuangkan nasib mahasiswa di Kampus ini.

Pihak ILMUWAN menyeru kepada seluruh Mahasiswa di KUIS supaya datang ke HIMSIS nanti dan pihak kami juga mencabar rakan-rakan dalam GMS untuk bersama dalam himpunan itu supaya dialog atau pun pengutaraan persoalan sebenar berlaku dan tiada lagi istilah baling batu sembunyi tangan dan syok sendiri.

Selain itu terdapat beberapa peristiwa yang berlaku semasa proses berbincangan antara MPM, persatuan di KUIS juga GMS dimana kami merasakan tindakan mereka itu agak keterlaluan kerana bergerak bersendirian.

Seterusnya, mereka telah menyerahkan beberapa memoradum kepada setiausaha kepada Prof. Dato' Rektor dan apa segala tuntutan didalam memorandum itu sudah pun selesai diperingkat pentadbiran sebelum isu ini di lelong oleh pihak GMS hasil daripada pertemuan antara pihak pentadbiran dan pimpinan Mahasiswa yang diketuai oleh Presiden MPM iaitu saudara Nasrul Izad Mohd Isa.

Disini ingin saya nyatakan sekali lagi tiada isu kenaikan yuran lebih dari 50peratus kerana KUIS terikat dengan perjanjian dengan KPT yang hanya boleh dinaikkan sebanyak 30% sahaja iaitu harga sekarang. Keduanya yuran hanya dinaikan sedikit kepada pelajar baru iaitu dibahagian insuran. Seterusnya kepada pelajar IT yang terpaksa dinaikkan diatas nasihat syarikat yang bekerja sama dengan KUIS dalam bidang itu.

Dan ada beberapa lagi isu yang akan didedakkan dan diterangkan kepada pihak mahasiswa dalam Himpunan Mahasiswa KUIS (HIMSIS) pada Selasa, 10November 2009, jam8 malam bertempat di Pusat Konvensyen KUIS (PKK).

Keterlampauan pihak GMS yang mengundang media seperti TV3 dan Berita Harian telah mengundang beberapa kesan kepada imej Kampus dan juga kepada pelajar seperti media menambah isu yang dibangkitkan dalam akhbar berita harian pada6 November 2009. Keduanya syarikat yang menaja praktikal pelajar KUIS dalam bidang ekomoni telah ditarik balik menajaannya kerana bimbang dengan keadaan diKUIS.

Sekian,

HIDUP BIAR BERJASA

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Pengerusi,
Ilakatan Ilmuwan Muda(ILMUWAN)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Sumber : http://www.bharian.com.my/