Tuesday, January 5, 2010

Kenyataan Media ILMUWAN berhubung Isu Kalimah Allah


Pada 31 disember 2009, Mahkamah Tinggi Sivil oleh telah memutus kan untuk membenarkan pihak Kristian Katholik untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka.
Dalam keputusan itu, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu.

Dalam hal ini pelbagai reaksi yang diterima dan pihak kami tidak menafikan adanya bukti dalam nas Al-Quran yang menunjukan Allah itu untuk penganut agama Sanawi sebagaiman firman Allah SAW yang bermaksud : "Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Namun jika kita melihat dinegara lain seperti di timur tengah, pengaut Kristian dari kalangan arab menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka. Disini timbul persoalan adakah mereka ini Kristian Katholik?


Kebanyakan penganut Kristian di negara Arab adalah mengamalkan agama Kristian Timur (Eastern Church) yang berpusat di Iskandariah. Penganut Kristian Arab ini berpegang kepada konsep Unity iaitu tentang konsep ketuhanan bahawa Tuhan itu adalah yang Satu iaitu yang Esa.

Dalam Unity, kefahaman ketuhanan adalah Allah itu tidak mempunyai ciri Bapa, Anak dan Hantu Suci (Father, Son and Holy Ghost). Konsep Tuhan yang Satu ini yang digelar Unity adalah selari dengan konsep Allah yang Esa seperti yang dianuti oleh orang Islam.

Dalam konteks ini, penggunaan istilah Allah yang digunakan oleh penganut agama Kristian Timur tidak bercanggah dengan istilah Allah yang digunakan oleh umat Islam. Tiada pertentangan yang berlaku dalam hal ini.

Akan tetapi, penganut Roman Katolik tidak mempercayai konsep Unity ini. Mereka berpegang kepada konsep Trinity iaitu konsep tiga personaliti dalam satu sifat ketuhanan (the union of three persons - Father, Son, and Holy Ghost in one Godhead). Iaitu konsep the threefold personality of the one Divine Being.

Dalam konteks ini, penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama Roman Katolik adalah berkonsepkan bahawa Allah itu bersifat Trinity dan ini bertentangan dengan pegangan agama Islam. Dalam Islam, Allah itu adalah Esa. Allah dalam Islam tidak mempunyai sifat Bapa, Anak dan Hantu Suci. Inilah yang menjadi pertentangan.

Natijahnya, pengertian Allah dalam Roman Katolik adalah berbeza dengan pengertian Allah dalam Islam dan ini menjadi keragua kepada umat Islam di Malaysia.

Persoalan seterusnya, mengapa sudah sekian lama baru tuntutan ini di utarakan? ini juga menjadi tandatanya kerana musuh yang ingin melihat Islam hancur sudah berada disekeliling kerana kesan yang diterima membuatkan umat Islam sudah menjadi hering dalam megamalkan agama. Ini kerana menyebaran fahaman sesat melalui saraf atau lembut oleh pihak Freemerson dan Zionisme Yahudi sudah nampak.

Kefahaman konsep sebenar Allah perlu dilihat dengan jelas bagaimana firman Allah yang bermaksud :

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’-Surah Al Imran ayat 64.

Pihak ILMUWAN amat kesal akan keputusan mahkamah tersebut dan akan membantu pihak-pihak dalam usaha memperjuangakan isu ini dan kami membantah keputusan mahkamah dan memohon untuk membuat rayuan.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Pengerusi, ILMUWAN-KUIS