Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Ayuh, Sambut Hari Kekasih!

"Telah lahirlah petunjuk (rasulullah s.a.w) lalu bercahayalah seluruh alam dan terukirlah senyuman di bibir zaman."

kepada teman-teman yang berada di sekitar Bangi khususnya dan sesiapa sahaja untuk hadir ke Majlis Maulidur Rasul di Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor DE, bertemakan "Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah"


Untuk maklumat lanjut boleh lawat ~ http://yayasanaljenderami.blogspot.com/




Berikut merupakan barisan ulama' yang aka hadir pada majlis tersebut:
Allahu.. bersama mengambil tempias daripada Barakah Para Ulama'... Mereka adalah insan-insan diberikan nikmat sanad yang bertalian sehinggalah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.


berikut pula Majlis di PUSAT PENGAJIAN BAALAWI KUALA LUMPUR:

Maklumat lanjut sila lawat~ http://ysofakl.blogspot.com


kepada penduduk Rembau pula Majlis Maulidurrasul di Kompleks Yayasan Sofa, Rembau Negeri Sembilan. sesiapa yang bukan penduduk Rembau juga bisa hadir.

untuk maklumat lanjut sila lawat ~ http://yayasansofa.com/

Ayuh terbang ke sarawak pula. Majlis akan diadakan di Waterfront Kuching. Subhanallah..
untuk maklumat lanjut boleh lawat ~ http://www.perkepis.blogspot.com

Ayuh, rebutlah bersama cinta Rasulullah sallallahu alaihi wasallam!

Bagi menzahirkan kecintaan kita kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, ayuh kita hidupkan bulan Rabi’ulawwal yang mulia ini dengan selawat, serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah; yang dengannya mudah-mudahan bertambah kukuh kecintaan kita kepada baginda. Kita memahami dan meyakini sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Setiap orang itu akan dihimpunkan bersama orang yang dikasihinya.” Marilah kita menyambut hari kelahiran kekasih yang dikasihi, yang dengan sebab kelahiran baginda di atas muka bumi ini, maka tersebarlah Rahmat Allah dengan begitu luas. Ada banyak program dan aktiviti yang telah diaturkan sempena dengan bulan Rabi’ulawwal ini; maka, ayuh kita hidupkan!


Ayuh kita meriahkan hari kelahiran kekasih kita

Monday, February 1, 2010

Berminat menjadi Fasilitator ILMUWAN KUIS?

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi" Mereka berkata; "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan selalu membuat kerosakan padanya dan menumpahkan Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman; "Sesungguhnya Aku telah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(Al-Baqarah : 30)

Kefasilitatoran adalah kesinambungan kepada konsep kekhalifahan ini. sesunggunya tanggungjawab menegakkan kalimah Allah ini harus dilakukan dengan pelbagai cara supaya ianya mampu meresap dalam semua lapisan masyarakat. ILMUWAN KUIS telah mengambil konsep ini dan menterjemahkan dalam bentuk kefasilitatoran.


Di dalam surah Yusuf ayat 67:

(Dan ia berkata lagi : "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar mesir)dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan)


Allah memberi kita semua pelbagai sumber. Allah juga mengurniakan kita akal untuk berfikir. Allah juga mencipta HambaNya pelbagai ragam. justeru, berbekal sumber yang banyak dan akal yang diberikan, maka kefasilitatoran ini adalah salah satu inisiatif lain selain daripada Seminar, Forum dan sebagainya untuk kita membugar budaya Ilmu kepada sasaran yang berbeza.

Fasilitator dicetuskan berdasarkan konsep saling memperingatkan. Allah berfirman :

Dan sesungguhnya kami telah mengulang-ulangi bagi manusia di dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
[Al-Kahfi: 18]

Tugas fasilitator (baca : yang berjiwa muda) lah untuk saling ingat memperingati teman-teman masing-masing untuk hidup rasa bertuhan dan membebaskan pengahambaan kepada kepada penghambaan kepada Tuhan. sesungguhnya fasilitator yang dinamik dan ideal amatlah diperlukan dalam susanana pada hari ini yang "kebanjiran idola, kemarau Teladan" bagi melengkapi usaha-usaha yang lain.

Justeru, ILMUWAN KUIS ingin mengajak dan menjemput teman-teman untuk menjadi fasilitator ILMUWAN sekaligus menjadi sebahagian daripada Faci Team kami. antara program yang akan diadakan ialah Kursus Asas Fasilitator Ideal (KAFI), Latihan Kejurulatihan, Program-program kepimpinan, Motivasi, Sahsiah di sekolah-sekolah dan sebagainya. ILMUWAN KUIS juga mempunyai jaringan dengan Jaringan Fasilitator Kebangsaan yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih berpengalaman.

Kepada seseiapa yang berminat, boleh terus menghubungi saudara Azizan Ajiji di Talian : 0132463657. Atau di alamat email : azizanajiji@gmail.com / xizhan_uia@yahoo.com
Terima Kasih.

Monday, July 27, 2009

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Penyertaan kongres adalah terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pimpinan pelajar sekolah, pimpinan mahasiswa institut pengajian tinggi, pimpinan institusi dan badan bukan kerajaan serta pegawai kerajaan dan pembuat dasar.


PKPIM merasakan bahawa penganjuran kongres ini adalah bertepatan dengan masanya ketika Malaysia sedang mencari kestabilan hala tuju pasca tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 dan peralihan pucuk pimpinan negara. Tambahan pula dengan isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia dalam tempoh masa itu, telah menguji kematangan Malaysia untuk hidup di atas bebanan sejarah dan impian masa hadapan.

Sekiranya tidak dipandu dengan pemahaman dan penghayatan yang jelas dan benar akan teras-teras kenegaraan yang telah menjadi tiang-tiang penegak Malaysia sebagai sebuah negara merdeka hari ini, maka adalah dikhuatiri perubahan sosio-politik yang berlaku menatijahkan bencana yang lebih buruk.


Maka itu, objektif penganjuran kongres ini adalah untuk memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang. Di samping itu, kongres ini juga bertujuan merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.

Kongres ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’. Kongres ini diharapkan dapat menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.