Thursday, January 28, 2010

Pasca PRK KUIS 10/11 : Tiada Istilah Puak Di KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang menjadi anak syarikat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Prof. Dato' Adanan Isman yang merupakan Raktor menyatakan KUIS sebuah IPTS yang berdikari yang Justify Fulltidak bergantung sangat dari segi saluran dana daripada mana-mana pihak.

Sistem Pilihanraya Kampus (PRK) di KUIS juga berbeza daripada mana-mana IPTA dan IPTS lain dimana dalam syarat untuk menjadi calon di sini mestilah tidak mewakili daripada mana-mana pihak ataupun kumpulan pada secara nyata.

Sebagaimana yang di IPTA dan disetengah IPTS, kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa digunakan yang menyokong pihak kerajaan pusat dan yang mewakili parti pembangkang.
Bagi ILMUWAN, perlebelan yang menyokong parti politik luar ini tidak sesuai digunakan di dalam kampus kerana ini akan mengekalkan pepecahan umat Islam khasnya Melayu yang sedia perpecah disebabkan perbedaan ideologi kepartian kecuali parti politik itu benar-benar membawa pendekatan Islam keseluruhannya dan bukan hanya berpaksikan politik semata-mata.

Suka untuk diketengahkan seorang tokoh politik dari Indonesia yang dikenali sebagai Pak Natsir dimana beliau yang menonjol di dunia Islam ialah sebagai wakil presiden Muktamar Alam Al-Islami (World Muslim Congress), anggota inti Rabithah Alam Islami di Makkah, anggota inti Dewan Masjid Sedunia, dan lain-lain. Beliau pernah diusulkan menjadi Sekretaris Jenderal Organisasi Konferensi Islam (OKI), tapi ironisnya tidak disetujui Pemerintah RI.

Selepas itu, Pak Natsir menceburi bidang politik, dan apa kehebatan beliau adalah sewaktu bergelar seorang politik yang agak menonjok, beliau masih membawa risalah dakwah dengan cara seorang pemerintah.

Apa yang ingin di nyatakan disini adalah biarpun barada di medan poltik, tetapi metohod dakwah jangan ditinggalkan, berusahalah untuk menyatukan kambali umat Islam kerana pengaruh dakwah jika kena pada tempatnya lebih berkesan dalam menyebarkan Islam.

Kembali kepada kampus KUIS, perlebelan yang melambangkan perbezaan poltik tidak seharusnya wujud di KUIS kerana ia akan memulakan bibit perpecahan masyarakat kampus. Tidak dinafikan mungkin selepas ia berlaku, PRK selepas ini akan lebih meriah kerana ada persaingan. Begitulah darah muda yang sukakan cabaran dan persaingan, akan tetapi ia perlu di salurkan kepada tempat yang sesuai agar tidak terlahir generasi yang cetek pemikiran.

Akan tetapi pihak kami bersetuju jika di gunakan Pro-Mahasiswa, tetapi tidak memihak kepada mana-mana parti politik, kerana apabila di gunakan Pro- M, maka segalanya mestilah berpihak kepada mahasiswa secara mutlak dan tidak membawa mana-mana ideologi seperti Sosialis.

Harapan kami agar pimpinan yang baru ini dapat menjalankan tugas yang lebih efisyen yang tidak mengabaikan sesiapapun dengan kepentingan fahaman dan fikirlah perkara yang lebih besar dan perkasalah budaya yang sukakan ilmu agar dapat melahirkan pelajar-pelajar Islam yang berkualiti.

Pihak ILMUWAN sedia bekerjasama jika misi dan visi nya untuk kebaikan semua pihak dan jangan mencelup budaya-budaya seperti di UM yang sentiasa bedemonstrasi dalam mnuntut sesuatu. Pihak kami tidak mengatakan berpiket itu tidak sesuai, tetapi cara itu adalah yang paling akhir setelah sesi perbincangan dan diplomasi.

Akhirnya, selamat menjalankan tugas kerana Islam dan bergeraklah kearah penyatuan dan bukan syok sendiri mengatakan tindaan kita sahaja yang baik daripada orang lain..

Wassalam.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Pengerusi
ILMUWAN KUIS 09/10