Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Ke Sidang Meja Bulat Isu Kes Pembuangan Bayi



Pada 17 April 2010, pihak Ikatan Ilmuwan Muda, KUIS (ILMUWAN) dijemput ke sidang meja bulat untuk membincangkan isu kes pembungan bayi yang semakin serius akhir-akhir ini. Sidang ini dibuat di Shafie Conference Room, Kulliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak , Selangor anjuran Majlis Hal Ehwal Siswi Islam (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM).

ILMUWAN yang merupakan cawangan PKPIM di KUIS telah mewakilkan pengerusinya Saudara Mohd Syahiran b. Muhammad ke persidangan tersebut dan turut hadir pimpinan dari kampus lain seperti UNISEL, UM, UIA, UPM dan lain-lain lagi.

Kerjasama itu diadakan kerana mahasiswa ingin bersama-sama dengan kerajaan dan masyarakat untuk memastikan generasi muda Islam di negara ini bebas daripada gejala sosial menjelang 2020.

Perbincangan itu dikendalikan oleh Naib Presiden HEWI PKPIM, Nor Akmariah Abdullah dengan ahli panel terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Sopian Ibrahim dan Pegawai Penyelidik Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS), Aminah Ismail.

Selain itu ialah Ketua Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq dan Ahli Jawatankuasa Belia Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Maryam Aizuddin.

12 resolusi yang dipersetujui dalam sidang ini antaranya ialah melaksanakan program-program kesedaran mengenai isu pembuangan bayi baik yang berskala besar atau kecil.

''Kami juga bersedia membantu mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan program-program kesedaran di kawasan masing-masing,'' katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan memperbanyakkan program pembangunan remaja lelaki dan perempuan untuk tempoh jangka panjang dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri yang kukuh, menjadikan ilmu sebagai keutamaan dan mempunyai pegangan agama yang kukuh.

''Selain itu kami juga akan memperkasakan siri-siri kuliah agama anjuran PKPIM supaya dapat memperbetul dan memperkukuhkan pandangan hidup remaja sebagai seorang muslim,'' katanya.

Tuesday, February 2, 2010

Jemputan Ke Mini Muktamar PEPIAS Bangi.



Pada 1 Febuari 2010, ILMUWAN telah ke muktamar atau Majlis Perhimpunan Tahunan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) Cawangan Bangi bertempat di Dewan Kuliah Akademi Islam (DK AI Lama) KUIS.

ILMUWAN yang juga sebuah kelab kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Justify Full(PKPIM) di Kampus KUIS ini diwakili Saudara Syahiran yang juga Pengerusi, Saudara Abu Bakar yang juga Setiausaha, Saudara Azizan sebagai biro Dakwah merangkap Exco PKPIM pusat, dan saudari habibah dan Azah yang mewakili HEWI ILMUWAN KUIS.

Selain itu Muktamar ini turut dihadiri anak-anak Asnaf Selangor dan PEPIAS dari cawangan kampus lain serta pimpinan PEPIAS Pusat.

Muktamar dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Saudara Muzakkir yang juga YDP PEPIAS Bangi dan dirasmikan oleh Presiden PEPIAS Pusat iaitu saudara Zulhelmi.

Dikesempatan ini, pihak ILMUWAN mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjemput pihak kami untuk sama-sama memeriahkan majlis ini serta maraikan pimpinan baru disamping memperkukuhkan ikatan ukhuwwah sesama keluarga PKPIM secara amnya dan khususnya kita sesama Islam ini.

Ucapan tahiah pihak ILMUWAN ucapkan kepada saff pimpinan yang baru, dan pihak kami doakan agar Allah SWT memberi kekuatan kepada mereka khasnya kepada YDP baru iaitu Mohd Afiq B. Ramli.


Ucapan dari Muzakir YDP PEPIAS Bangi


Hadirin


Ucapan Perasmian dari Presiden PEPIAS : Saudara Zulhelmi


Majlis Pembubaran


Ucapan Alu-aluan YDP baru saudara Afiq

Foto By : SyahiranMuhd

Thursday, January 28, 2010

Forum Isu Semasa : Kalimah Allah antara Nama dan Hakikat



Pada 26 Januari 2010 bersamaan 10 Safar 1431 H telah diadakan Forum Isu Semasa :Kalimah Allah antara nama dan hakikat, bertempat di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Forum ini bermula selepas isya' yang di anjurkan bersama Masjid Al-Azhar dan ILMUWAN dimana ditampilkan dua orang ahli panel iaitu Dr. Mohd Sani bin Badron, yang merupakan Justify FullFellow Kanan / Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Saudara Abu Qasim Mohd Noor sebagai Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan dikendalikan oleh Saudara Mohd Syahiran yang merupakan Pengerusi ILMUWAN.

Forum ini dipengerusikan oleh Saudara Hilmi, Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 dan sepanjang forum ini berjalan, dibincangkan perbezaan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian dengan orang Islam dari segi makna umum dan khusus disemping Dr. Sani banyak menceritakan juga kesan kepada aqidahumat Islam dimasa akan datang.

Manakala Sdr. Abu Qasim yang menjadi wakil PKPIM banyak menerangkan tentang isu-isu semasa yang berlaku yang berkaiatan dengan isu ini seperti mengeboman gereja dan menegaskan isu ini bukan isu poiltik kerana ini adalah isu lama yang ditimbulkan kembali oleh pihak Kristian Katholik selepas era pemerintakan Tun Mahathir Mohamad

Biarpun para pendengar tidak begitu meriah kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang pada mulanya nya forum ini diadakan selepas waktu Maghrib, tetapi diharapakan tujuan forum ini iaitu untuk mendekatkan isu ini kepada Mahasiswa KUIS yang mungkin mempunayi persoalan dan keliaru dalam mengetahui hal sebenar yang berkaitan isu ini.

Forum Isu Semasa Kalimah Allah berakhir pada jam 11 malam dan pada sesi penyampaian cendera hati, disampiakan oleh Encik Muhammadon sekalu Pembantu Eksekutif Masjid Al-Azhar dan juga Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10.

ILMUWAN akan terus membawa program-program berbentuk mencambahan minda sehingga dapat melahirkan sebuah generasi mahasiswa KUIS yang ideliasme dan berfikiran matang dalam menilai sesuatu perkara serta juah kehadapan.

Sesi Soalan


Abg Qasim

Dr. Sani Badrom


Moderator : Syahiran

Photo By : AzizanAjiji

Sunday, January 24, 2010

ILMUWAN ke Multaqa' Nuqaba' PKPIM



Pada 22 hingga 24 Januari, telah diadakan Multaqa Nuqaba, anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertempat di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

ILMUWAN KUIS telah menghantar 4 orang ke program tersebut iaitu saudara Azizan yang juga exco PKPIM pusat, Saudari Khairiah, Saudari Habibah dan saudari Azah.

Multaqa' Nuqaba' ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pimpinan disetiap kampus atau negeri tentang bagaimana untuk mengurus Usrah yang memberi penerangan tentang peranan seorang naqib mengikut pendekatan PKPIM-ABIM-WADAH.

Selain itu, dalam program ini juga memberi penerangan tentang tanggungjawab dalam jemaah dan bagaimana untuk bergerak.

Mereka yang mengisi pogram ini adalah Ust. Razak iaitu exco penataran ABIM Pusat, Cikgu Hamidi, timbalan Presiden ABIM, Abang Noryzal, Exco ABIM pusat dan Ust. Hafiz Mustafa Lubis, YDP ABIm Kedah yang mengisi kuliah maghrib.

Dalam Multaqa' Nuqaba' 2010 ini juga di adakah syarahan perdana oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) yang juga Presiden KDH iaitu Al-Fadhil Dato' Dr. Siddiq Fadhil yang bertajuk Ta'dib Kepemudaan.

Majlis penutup dimulakan dengan amanat presiden PKPIM iaitu saudara Faisal Abd. Aziz disempurnakan oleh Al-Fadil Dr. Razak Idris yang merupakan Presiden ABIM pusat.

Friday, January 1, 2010

ILMUWAN bersama NGO bantah Pengunaan Kalimah Allah


Pada 1 Januari 2010, Ikatan Ilmuwan Muda, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (ILMUWAN KUIS) telah bersama-sama dengan beberapa ngo Islam iaitu Persatuan Kabangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERKASA dan lain-lain dalam membuat bantahan keputusan mahkamah yang membanarkan pihak Kristian Khatolik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk tuhan mareka.

Bantahan itu dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan selepas menunaikan solat Jumaat. Pihak ILMUWAN yang dihadiri oleh pengerusinya sendiri iaitu Saudara Syahiran dan Saudara Azizan Ajiji yang juga merupakan exco PKPIM pusat.

Dalam kejadian itu, mendapat liputan oleh beberapa pihak media seperti pihak tv3, Malaysiakini dan TV9 dan di siarkan dalam Buletin utama pada malam itu. Dalam temu ramah ini, pihak ILMUWAN mewakilkan kepada PKPIM iaitu saudara Khairul Anuar Musa yang merupakan Setiausaha Agung.




Friday, September 11, 2009

Rukun muafakat elak sengketa M'sia-Indonesia

Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara.

Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia.



Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara.

Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia.

Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama itu dipersetujui dan ditandatangani hari ini oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua UMUM PII, Nashrullah Al-Ghifary.

Lima pendirian bersama itu adalah:

Menginsafi nilai persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara.

Memberi keutamaan kepada pendekatan yang bersifat musyawarah, diplomasi, perbincangan dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama.

Menjauhi sebarang tindakan yang bersifat emosi semata-mata di mana akhirnya menjurumus kepada kekerasan dan kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian.

Menyeru generasi pelajar kedua-dua negara untuk memupuk persafahaman yang ampuh dan jitu dalam semua aspek termasuk kebudayaan, idealisme, ekonomi, sosial, keselamatan dan sebagainya.

Melahirkan generasi pelajar Malaysia-Indonesia sebagai agen penyatu masyarakat kedua-dua negara sekiranya terdapat sebarang konflik terkemudian yang timbul.

Dalam kenyataan bersama hari ini, PKPIM dan PII mengharapkan agar pendirian bersama dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia itu, dijadikan sumber rujukan dalam menghadapan dengan masalah yang timbul.

"PKPIM dan PII bersedia untuk meneruskan wacana perbincangan yang menghubungkan generasi muda kedua-dua negara sebagai pentas untuk mencari titik pertemuan dan persamaan di antara kedua belah pihak," kata kenyataan itu lagi.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/112667

Saturday, August 8, 2009

Kongres tuntut jaga kepentingan Islam-Melayu

Runsing terhadap sikap kerajaan yang dianggap tidak mempunyai dasar tegas dalam menangani permintaan pelbagai kaum, satu persatuan mahasiswa menganjurkan seminar bagi menegaskan kepentingan Islam sebagai teras kenegaraan.

"Keadaan sekarang seperti pada tahun 1969, yang kelihatan seolah-olah tiada dasar yang tegas dalam sesuatu perkara.


"Kita kadangkala ikut permintaan kaum lain (bukan Melayu) sehingga kadangkala terlebih bayar," kata exco pendidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi.

Esok, persatuan mahasiswa Islam itu menganjurkan seminar sehari bertajuk 'Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan' yang dikelolakan bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) di Kompleks MAYC di ibu negara.

Menjelaskan kebimbangannya, Abu Qassim berkata, ia sudah lumrah disuarakan NGO Melayu-Islam bagi menegaskan keperluan "perlindungan minumum" kepada kaum ini dalam pelbagai aspek, seperti pemberian kuota pendidikan.

Beliau, yang juga pengarah program itu, berkata kongres itu juga ingin menegaskan tiga lagi teras utama kenegaraan - perpaduan rakyat, integriti dan jati diri Malaysia dan kecemerlangan ekonomi.

Tambahnya, resolusi seminar tersebut akan diberikan kepada pemimpin utama BN dan Pakatan Rakyat yang terlibat menggubal dasar negara mulai minggu depan.

"Resolusinya akan dikemukan kepada pelbagai pihak, terutamanya yang terlibat dalam penggubalan dasar seperti ahli parlimen, tidak mengira parti," katanya.

Abu Qassim, juga exco PKPIM berkata, kira-kira 250 pelajar mengesahkan akan menyertai seminar itu, termasuk dari Indonesia, Thailand dan Maghribi.

Empat sarjana diundang membentangkan kertas kerja bagi mengupas kepentingan teras-teras itu, Prof Dr Wan Mohd Noor Wan Daud dan Dr Sarjit Singh Gill.

Dr Wan Mohd Noor akan membentangkan kertas berjudul "Kepentingan Memahami Peranan dan Sumbangan Islam Sebagai Teras Kenegaraan", manakala Dr Sarjit Singh pula membentangkan "Perpaduan Melayu lawan Perpaduan Nasional?"

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah akan menyampaikan ucap utamanya dalam persidangan tersebut.

Thursday, June 18, 2009

PKPIM dikunjungi oleh wakil IIFSO

Kuala Lumpur 17 Jun 03:45 p.m | Pada 15 Jun yang lepas, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) hari ini dikunjungi oleh Exco International Islamic Federation of Students Organizations (IIFSO) Dr Ahmed Abdelatti di pejabat Islamic Outreach Abim (IOA), Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut dibuat bertujuan untuk berkongsi beberapa agenda besar dan pelan jangka panjang IIFSO pada masa akan datang. Antara agenda besar yang diutarakan wakil berkenaan termasuklah Muktamar yang dijadualkan akan berlangsung pada Oktober depan di Jakarta.

Beliau yang sebelum ini telah melawat beberapa pertubuhan Islam di Malaysia mengakhiri siri lawatan beliau bersama PKPIM sebelum terus bergegas ke pusat World Assembly of Muslim Youth (WAMY) untuk menghadiri suatu mesyuarat.

Dalam pertemuan tersebut, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah memberikan penerangan ringkas mengenai PKPIM dan perkembangan gerakan dakwah di Malaysia kepada beliau. Penerangan tersebut disusuli dengan pembentangan oleh wakil berkenaan berhubung beberapa perkara seperti peranan dan perencanaan IIFSO pada masa mendatang serta harapan besar IIFSO kepada Malaysia.

Menurut beliau, IIFSO yang ditubuhkan pada tahun 1968 masih dalam proses untuk aktif semula setelah mengalami masalah dalaman yang menyebabkan pertubuhan pelajar dunia tersebut mengalami kemunduran pada tahun 1995-2005.

Menurut beliau lagi, PKPIM yang merupakan antara pertubuhan tertua yang menganggotai IIFSO perlu terus bergerak bersama-sama di bawah payung kesatuan Islam yang dinaungi IIFSO untuk memastikan matlamat untuk mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia dapat dikecapi. Mengambil contoh peranan yang dimainkan mantan pimpinan PKPIM di dalam IIFSO dahulu, peranan yang sama perlu diteruskan bagi memastikan kesinambungan dakwah dan hubungan akrab serta persefahaman yang sekian lama terjalin berkekalan.

Pertemuan tersebut turut disertai beberapa Exco PKPIM seperti M.K Muzammil, Mariati Roslan, Lina Mursyidah Hamzah dan beberapa aktivis lain seperti Muhammad Mu’izzuddin Mustaffar, Mohamad Fairul Mohd Nawawi, dan Naheed Azhari. Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderamata PKPIM oleh Muhammad Faisal Abdul Aziz kepada wakil berkenaan.

http://mahasiswakini.com/archives/3633

Thursday, June 11, 2009

PKPIM Bawa Suara Palestin Ke Pentas Antarabangsa

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menempa sejarah apabila menjadi satu-satunya pertubuhan mahasiswa yang dijemput untuk mewakili Malaysia dalam membentangkan kertas kerja berkenaan isu rakyat Palestin ke Simposium Antarabangsa Palestin yang berlangsung pada 30 – 31 Mei 2009 yang lalu. Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah mewakili Malaysia dalam pembentangan kertas kerja di pentas simposium berkenaan yang dianjurkan di Istanbul, Turki.

Sementara itu, PKPIM yang juga merupakan anggota gabungan Union of NGOs of Islamic World (UNIW), sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab menganjurkan simposium tersebut turut diberi kuota untuk menghantar tiga orang perwakilan.

Mereka yang mewakili PKPIM dalam simposium berkenaan termasuklah Naib Presiden Antarabangsa, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Kebangsaan Hasnul Hanif Harun, dan AJK Sekretariat Massa Hafidz Hakimi Haron.


Simposium yang kali pertama dianjurkan pertubuhan dunia berkenaan turut menjemput dua orang wakil Malaysia yang lain iaitu En Ahmad Azam Abdul Rahman dari Future Global Network (FGN), dan Kazi Mahmood dari World Future Online.

Simposium Antarabangsa berkenaan telah dibahagikan kepada empat sesi untuk hari pertama dan kedua. Sesi dimulakan dengan topik yang menjurus kepada perbincangan bagi tajuk “Isu Palestin Dalam Proses Sejarah”. Dalam sesi berkenaan, beberapa tokoh dari Turki dan Al-Quds seperti Prof. Dr. Ahmet Agırakca, Prof. Dr. M. Lutfullah Karaman, Abdulmecit Agbariye, dan sebagainya telah melontarkan pandangan masing-masing berkenaan dengan kajian sejarah penubuhahan negara haram Israel pada tahun 1948.

Sesi tersebut disusuli dengan topik “Struktur Politik Palestin & Pendekatan Terhadap Isu Palestin”. Topik tersebut telah dibentang dan dikupas dengan meluas oleh lima orang pembentang iaitu Dr. Ghulam Nabi Fai dari Amerika Syarikat (USA), Hassan Abu Nimah dan Marwan Shehadeh dari Jordan, Ali Oner dan Aytunc Altındal dari Turki.

Dalam sesi ini, pembentang rata-ratanya berkongsi tentang kegagalan beberapa siri proses damai antara Palestin dan Israel yang meliputi beberapa aspek termasuklah faktor dan pendekatan lapuk yang digunakan yang di mana menjadi penyumbang terbesar kepada kebuntuan tersebut.

Dalam pada itu, sesi ketiga yang mengupas tentang isu “Palestin dan Status Perundangan” pula merupakan antara sesi perbincangan yang menarik untuk dikongsi. Pembentang pertama Dr Azzam Tamimi dari England telah mengupas pandangannya dalam sebuah kertas kerja yang bertajuk “Hamas: Dari penentang kepada kerajaan” menegaskan bahawa keengganan untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah kerajaan yang sah dari sudut undang-undang merupakan antara faktor mengapa permasalahan Palestin berterusan.

Di samping itu, dalam kertas kerja “Pendudukan Palestin: Suatu Anachronism Perang Dingin” yang dibentangkan oleh wakil Malaysia Kazi Mahmood pula menyatakan kesan buruk yang ditimbulkan NATO sekiranya Israel diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah. Manakala, dalam siri perbahasan kertas kerja yang bertajuk “Satu Negara: Cadangan Kepada Pengakhiran Kebuntuan” pula, pembentang dari Amerika Syarikat, Ali Ebu Nimah dengan terang-terangan telah menyalahkan kerajaan Boneka Palestin Mahmud Abbas yang menjadi dalang terhadap kesengsaraan sistem demokrasi Palestin.

Hari pertama diakhiri dengan sesi perbincangan bagi tajuk “Media dan Palestin” yang dikupas oleh beberapa pembentang dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Mesir, Al-Quds, dan Turki .

Sesi bagi hari kedua pula dimulakan dengan perbincangan tentang “Penafian Hak Asasi Manusia oleh Israel dan Jenayah Perangnya”. Sesi tersebut mendapat perhatian umum apabila beberapa tokoh barat turut sama berkongsi kajian berkenaan isu tersebut yang sekian lama menyelubungi kehidupan rakyat Palestin. Antara tokoh yang dinyatakan termasuklah Gonzalo Boye dari Sepanyol dan Dr. Haytham Manna dari Perancis.

Sesi disusuli dengan perbincangan menyeluruh berkenaan dengan isu Pelarian Palestin. Pembentang dari Lubnan, Ali Hweydi dan Mahmoud Khaled Al Hanafi telah berkongsi dengan hadirin tentang kesengsaraan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh pelarian Palestin yang berteduh di beberapa kem di Lubnan.

Manakala pembentang dari Syria, Tarek Hammoud pula turut berkongsi permasalahan yang sama terhadap pelarian yang berkeliaran di sekitar Syria. Mereka turut berkongsi tentang kesan jangka panjang terhadap sosio hidup dan ekonomi kedua-dua negara berkenaan sekiranya pelarian Palestin berterusan menetap di kem-kem yang dinyatakan.

Dalam pada itu, pembentang dari Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz pula telah menerangkan tentang projek penempatan semula pelarian di bawah pelan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNHCR. Berdasarkan lawatan kerja beliau pada tahun 2008 di tiga kem pelarian di Syria, terdapat keperluan yang mendesak bagi negara kaya untuk membantu pelarian hidup seperti “bergantung tidak bertali” kerana tidak dibenarkan berkerja dan mendapat pendidikan.

Beliau menerusi PKPIM yang juga diamanahkan oleh agensi berkenaan sebagai pelobi negara-negara Islam dalam memastikan projek penempatan semula rakyat Palestin diterima oleh negara berkenaan telah mengesyorkan Negara Islam untuk mengambil tanggungjawab dengan menerima inisiatif berkenaan demi memastikan masa depan generasi muda Palestin terus cerah.

Dalam sesi ketiga, topik “Keberkesanan NGO dan bantuan Kemanusiaan” telah dibahas oleh beberapa tokoh pembentang. Prof. Dr. Jameela al Shanty telah mengupas kajian berkenaan “Kesan Pencerobohan Gaza Terhadap Hak Asasi Wanita”, manakala pembentang dari Malaysia Ahmad Azzam Abdulrahman telah berkongsi pandangan dengan hadirin menerusi kertas kerja “Krisis Palestin: Pemerkasaan Multipolarismdan peranan Masyarakat Sivil”.

Dalam pembentangan tersebut, beliau telah menyarankan masyarakat Islam supaya melakukan reformasi di peringkat dalaman dan luaran sepertimana yang dilakukan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menawan kota Istanbul. Menurut beliau lagi, tanpa perubahan tersebut, kemenangan sama sekali tidak akan berpihak kepada Palestin. Sementara itu, beliau turut mengkritik sikap individualistik dan dokongan nasionalisme Arab yang menebal yang menjadi punca utama kepada kejatuhan Empayar Islam Uthmaniah.

Di samping itu, sesi yang membincangkan tentang solusi permasalahan Palestin telah mengakhiri Simposium berkenaan. Dalam sesi ini, empat tokoh akademik dari beberapa universiti diberi kesempatan untuk melontarkan pandangan. Mereka termasuklah Assoc. Dr. Berdal Aral dan Assoc. Dr. Ferhan Mucahet Chak dari Turki, Prof. Dr. Sameer Kantakji dari Norway, dan Prof. Dr. Muhammad Sharkawe dari Arab Saudi.

Simposium berkenaan diakhiri dengan ucapan penggulungan dan “Resolusi Pendirian Terakhir” yang dibaca oleh Timbalan Setiausaha Agung UNIW, Ali Kurt.
http://www.pkpim.net/

Tuesday, May 19, 2009

PKPIM SAH BERDAFTAR DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA MALAYSIA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kini telah sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dengan No. Pendaftaran: PPBM 0022/08. Sijil pendaftaran PKPIM diserahkan oleh Cik Zainab mewakili Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia kepada Mariati Roslan, Bendahari PKPIM yang mengetuai delegasi PKPIM pada penyerahan sijil tersebut, Khamis (14 Mei) yang lalu.

Akta tersebut yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2007 mewajibkan setiap pertubuhan belia yang termasuk di bawah definasi belia Akta tersebut didaftarkan di bawahnya. Manakala pertubuhan belia yang telah pun berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966, turut dikehendaki diaftarkan semula di bawah Akta tersebut.Dengan kesahan pendaftaran PKPIM di bawah Akta tersebut, merancakkan lagi penyertaan ahli-ahli PKPIM di seluruh negara khususnya golongan pelajar dan mahasiswa untuk melibatkan diri secara sah dan aktif di lapangan masyarakat. PKPIM juga akan lebih komited dengan penyertaan ahli-ahlinya di peringkat universiti awam dan swasta.

Tuesday, April 28, 2009

PKPIM desak tarik balik keputusan kabinet

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari, Naib Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.


Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Muhammad Faisal berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

"Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

"Justeru, PKPIM berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan," tegas Muhammad Faisal.

PKPIM juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

'Campuri bidang kehakiman'

"Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan," kata Muhammad Faisal.

Oleh itu, katanya, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang "membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak".

Sehubungan itu, katanya, PKPIM turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Sumber : http://www.pkpim.net

Sunday, March 22, 2009

PELANCARAN MINI SAMBUTAN 50 TAHUN PKPIM

Pada 8 Mac yang lalu, sdr Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli telah merasmikan Pelancaran Mini Sambutan 50 tahun PKPIM. Pelancaran ini bertujuan memugar semangat dan sikap di kalangan ahli PKPIM supaya bersedia dengan sambutan Jubli Emas PKPIM pada 2011 nanti. Kendatipun masih jauh tarikh 2011, semangat dan moral ahli PKPIM harus dibangkitkan supaya menjejak 2011, PKPIM sudah bersedia dengan sambutan tersebut.

Sdr Presiden dalam ucapannya mengungkap perngorbanan dan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh generasi lima dekad yang lalu. Sebagai sebuah organisasi pelajar Islam, usia jubli emas merupakan satu pengiktirafan besar yang harus dihargai. PKPIM harus menumpukan kepada pengkaderan ahli secara agresif di kalangan generasi muda. PKPIM juga harus menonjol dari segi idealisme generasi muda, yang kekal non- partisan dan terus berjuang mengangkat martabat generasi muda. Apatah lagi dalam konteks perjuangan bangsa dan agama, PKPIM semestinya berada di saf hadapan.

Beliau juga membuka pertandingan mencipta logo dan tema yang bakal digunakan dalam Sambutan 50 Tahun PKPIM kelak. Dijangkakan pertandingan ini berakhir pada hujung Julai 2009.

Pelancaran Mini ini diadakan sempena Kursus Latihan Praktikal Dakwah di Masjid KLCC.

Tuesday, February 24, 2009

PKPIM KETUAI GAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KPM BERHUBUNG ISU PPSMI HARI INI

Gombak, 18 Februari - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengetuai Gerakan Anti PPSMI (GAP) membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). PKPIM akan membuat laporan polis tersebut pada hari ini bertempat di Balai Polis Gombak pada jam 1 petang.

[ Baca Seterusnya ]

PKPIM Komited Sedarkan Mahasiswa Akan Isu Gaza

Kira-kira 300 demonstran yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun. Demonstari tersebut juga telah menyaksikan wakil mahasiswa bukan Islam berucap di himpunan tersebut yang menyatakan betapa isu Palestin bukan hanya isu agama Islam tetapi telah bertukat menjadi isu kemanusiaan. Rejim Israel telah melakukan jenayah kemanusiaan. Himpunan demonstran turut memijak dan membakar bendera negara haram Israel dan negara-negara sekutunya

[ Baca Seterusnya ]

Thursday, January 15, 2009

Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).


Pada 13 Januari 2009, bertempat Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) satu himpunan terbesar yang jarang sekali di adakan iaitu himpunan badan-badan bukan kerajaan Islam (NGO Islam) atau Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

[ Baca Seterusnya ]

Program Kepimpinan dan Latihan PKPIM (KLIP)


Pada 9 Januari 2009,iaitu hari Jumaat, PKPIM-KUIS telah menyertai Program Latihan Dan Kepimpinan (KLIP) yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM ) bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati.

[ Baca Seterusnya ]

Monday, January 5, 2009

Majlis Kebangsaan Pelajar Islam ( Syura') PKPIM


Amir Kampus telah dijemput untuk ke mesyuarat Syura' Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertempat di Kolej Darul Hikmah (KDH ), Kajang, pada 4 Januari 2008 iaitu hari sabtu bersamaan 7 Muharam 1430 H ia juga dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Pelajar Islam (MKPI).

Selanjutnya

Sunday, December 14, 2008

Forum khas anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia minta pemimpin beri perhatian


FORUM Khas: Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI memberi peringatan kepada pemimpin Melayu agar membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku. Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selaku penganjur turut bercadang mengemukakan saman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 1952 dan Perlembagaan serta mereka yang terus mengekalkan PPSMI kerana dianggap tidak mengikut lunas perundangan. Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, berkata pihaknya tidak lagi mahu berlembut dan berbincang apabila pendapat ilmuwan dan tokoh bahasa yang mewakili suara akar umbi tidak lagi didengari, sehingga mendorong mereka untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan bahasa Melayu selepas mendapati bahasa diplomasi tidak lagi difahami.

[ Baca Seterusnya ]

Friday, December 5, 2008

Hapuskan PPSMI demi bahasa Melayu

Forum khas anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia minta pemimpin beri perhatian


FORUM Khas: Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI memberi peringatan kepada pemimpin Melayu agar membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku. Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selaku penganjur turut bercadang mengemukakan saman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 1952 dan Perlembagaan serta mereka yang terus mengekalkan PPSMI kerana dianggap tidak mengikut lunas perundangan. Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, berkata pihaknya tidak lagi mahu berlembut dan berbincang apabila pendapat ilmuwan dan tokoh bahasa yang mewakili suara akar umbi tidak lagi didengari, sehingga mendorong mereka untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan bahasa Melayu selepas mendapati bahasa diplomasi tidak lagi difahami.

[ Selanjutnya ]

Monday, December 1, 2008

Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI Berjaya Capai Sasaran

30 November, Gombak - Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI anjuran Gerakan Anti-PPSMI (GAP) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diadakan di sini pada hari ini berjaya mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. Panelis-panelis forum tersebut terdiri daripada En. Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Koordinator Kampus TERAS dan Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM. Forum tersebut diselia oleh Sdr. Muhamad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM sebagai moderator.


[ Baca Seterusnya ]